Thursday, April 15, 2010

Syukurlah~~

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah,, warna-warni kehidupan semakin berseri. Dari satu kegagalan hinggalah kegagalan yang lain jelas nampak pada pandangan. menghitung musibah yang melanda amat memenatkan,,tak terkira(pd pandangan diri). Tapi sebenarnya nikmat Allah lebih tak terhitung tapi jarang sekali manusia yg alpa cuba untuk mensyukuri. Hanya tahu mementingkan diri sendiri dengan mengeluh 'mengapa aku?'.

Segala puji bagi Allah..kerana mengurniakan semua itu,, ya, kerana mengurniakan kekurangan ini. Membuat diri untuk lebih mengenali lemahnya seorang hamba. Rupanya tiada apa perlu dirisaukan kerana apa yang penting tindakan susulan untuk hadapi kenyataan. Adakah hanya merintih kesedihan? 'Bertanyakan Ilahi' mengapa dikurniakan semua ini kpd diri? em..jika itulah tindakan yg dipilih, rupanya tanpa sedar diri telah menjerumuskan kpd masalah dan musibah yang lebih besar..iaitu musibah bila hati tak tahu bersyukur..Jauhilah, bila ini terjadi sukar bagi akal untuk menimbangkan fikiran sama ada hendak dipandu oleh nafu atau iman.


:: musibah itu nikmat ::

Jadi tindakan yang sepatutnya adalah menerimanya hadir dalam kehidupan dan jadikan ia sebahagian dari hidup..Binalah bermacam alasan untuk tidak menyalahkan takdir Ilahi. Inilah masanya untuk kita beralasan. Bila hati mula redha, mulakan langkah untuk menyelesaikannya. Kadang2 lebih mudah jika kita buat tak tahu..tapi tanpa kita sedar masalah itu akan mengekori kita sehinggakan satu hari, kita akan rimas dan ketenangan hati tidak lagi bertandang. Sedangkan kita tak tahu lagi apakah yg akan disediakan kepada kita di masa hadapan. Mungkin satu lagi cabaran untuk mendewasakan diri?

Alhamdulillah..satu hajat telah dimakbulkan Allah..tapi sudahkah diri laksanakan apa yg diri janjikan kpdNya? perlu terus bermujahadah..gunakan segala senjata yg ada~ doa..anda seorang yang menyembah Allah Yang Esa, lalu mengapa perlu untuk berharap selain dariNya?? Anda sudah berada dalam cahaya kebenaran, jesteru apa lagi yang kita harapkan selain mengolah apa yang telah dikurniakan Ilahi menjadi ladang menuju akhiratNya..menuju pertemuan yang pasti..

Bersyukurlah..dan syukurlah wahai hamba..semuanya telah tersedia takdir yg terbaik utk dirimu..mulakan langkah untuk jadikan kegagalan sebagai kekuatan..InsyaAllah~~

~ Hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus dan benar..orang beriman itu tak pernah merasa lemah dan bersedih..

2 comments:

Mn Salam said...

Salam,

Dalam Quran digunakan kalimah التّوّابين yaitu dengan lafaz sighoh mubalaghoh yang membawa maksud orang yang sentiasa bertaubat.

Allah tak pelik muslim buat dosa, tapi Allah pelik muslim yng buat dosa tapi tak bertaubat. -Ust Azhar Idrus-

Sama juga dalam menempu ujian kehidupan. Sudah lumrah jatuh dan rebah itu. Tapi yang penting, kita mesti gagah utk bngun dri jatuh. Teruskan kembara jauh ini.

Kulewati kembara ini~

Syukran ukht.. :)

Kembara said...

Salam Abdullah: Syukran di atas nasihat..

insyaAllah..