Thursday, April 22, 2010

KEMBARA MTS

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan tubuh badan kita kita hari ini? Moga keduanya sihat walafiat… Alhamdulillah,,sebenarnya tiada apa cerita yang ingin saya kongsikan bersama sahabat, cuma sedikit pengenalan kepada label terbaru saya..KEMBARA MTS..


Baru-baru ini saya sedar, untuk berjaya tidak perlu untuk kita force diri mengikut cara orang lain. Tapi cukuplah jika kita ambil sedikit input darinya dan cuba mengolah mengikut kemampuan dan keselesaan kita. Sebenarnya ‘berjaya’ tu merujuk kepada tujuan blogging. Buat masa sekarang saya merasakan lebih selesa untuk memberi manfaat kepada diri dan sahabat [kalau ada J] melalui berkongsi, bukan dengan memberi. Ini kerana saya ingin manfaatkan kembara saya di sekolah tercinta MTS untuk saya ambil pengajaran dan jadikan ia satu cabang ilmu peringatan untuk masa kini dan akan datang. Sebab itulah label ini bernama KEMBARA MTS..dan juga disebabkan ilmu yang dirasakan terhad..[amat menyedihkan]

'Setiap yang berlaku ada hikmah'

Tujuan saya coretkan di sini hanya untuk pasakkan matlamat saya..InsyaAllah moga teguh. Melalui pengalaman2 ini saya rasakan ia menjadi satu wadah buat saya dalam mengakui kesalahan saya yang lalu secara formal. Segala kesalahan khususnya yang kita lakukan, hendaklah diambil pengajaran darinya..kerana kita tidak ingin lagi melalui situasi yang mungkin sama atau mungkin tidak dengan ciri kesalahan yang sama.

Seterusnya, jika dipanjangkan umur oleh al-Khaliq Allah SWT, saya akan menjadi seorang dewasa seterusnya warga emas dan menemui kematian. Semestinya saya akan meninggalkn masa-masa yang saya lalui kini; alam sekolah menengah(memang dah tinggal) @ remaja. Jadi saya tidak ingin menjadi seorang yang lupa asal-usul saya. Mungkin satu hari nanti saya adalah seorang pendidik dan saya tidak ingin mendidik pelajar hanya menggunakan fikiran; ‘saya adalah guru’ tapi saya juga ingin mendidik mereka dengan fikiran; ‘saya juga pernah menjadi pelajar seperti mereka’. Saya tak salahkan insan-insan dewasa dalam menangani isu keremajaan kerana dengan tekanan yang dihadapi mereka ketika itu sebagai seorang dewasa, mana mungkin mampu menyelami dua watak dalam satu masa kecuali dengan kemahuan dan usaha.

Sebenarnya sudah ada post yang berkaitan,,itula sebagai gambaran mengenai apa yang saya coretkan di atas. Apa yang penting..kerjasama//,,sekarang saya ingin mempersiapkan diri dalam menghadapi kehidupan luar yang bakal menjengah. Melaluinya dengan pergantungan kepada Allah semata-mata..moga dipermudahkan urusan dan diperteguhkan matlamat. InsyaAllah…

~Kulewati Kembara Ini..Hanya Menuju Redha Ilahi!~ Doakan saya..

Wallahu’alam..

Monday, April 19, 2010

Kisah Mangkuk Cantik,Madu dan Sehelai Rambut..[1]

= = = = = = = = = = = = = = = = = = =

"Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yangcantik, madu dan sehelai rambut.

:: Hargailah jika dirimu sudah memiliknya ::

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang solehah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, `seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut."

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. "menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut".

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, "syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Sedikit Dari Saya..

Dahulu saya dah pernah baca kisah ini dari sebuah majalah. Tiba-tiba teringat balik dan ingin berkongsi dengan sahabat sekalian, lalu saya terjumpa kisah ini di sini:

http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=1623&p=3&topicID=5808873

Mengenai kesahihan sumber, saya tak dapat nak utarakan. Jadi kepada mana-mana sahabat yang tahu, amatlah dialu-alukan utntuk berkongsi.


Pandangan Sisi Pertama; ‘Hanya Jauhari Mengenal Manikam’

Dapat kita lihat bagaimana hanya dengan tiga benda; mangkuk,madu dan rambut dapat dipelbagaikan perumpamaan padanya. Begitulah caranya insan bijak pandai dan soleh melihat sesuatu, mengolah sesuatu perkara ‘sepositif’ yang boleh. Agar apa jua yang berlaku tidak berlalu dengan sia-sia. Sebenarnya semua benda boleh dimanipulasikan oleh fikiran kita. Tapi berfikir menggunakan akal semata-mata boleh mengundang bala seperti mana kita lihat saintis zaman sekarang yang mengetahui ada kuasa yang mengatur kehidupan ini tapi masih menafikan malahan memutar belitkan fakta.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”.

(Surah Al-Baqarah, ayat:42)

Disebabkan itulah apa jua pemikiran, hendaklah mendahului wahyu; Al-Quran sunnah, agar kebijaksanaan di dunia menjadi satu manfaat di akhirat kelak.

Sebenarnya pandangan yang kita keluarkan akan menafsirkan siapa kita. Ini boleh dilihat dengan kisah di atas yang kita ketahui setiap perumpamaan yang diberikan sahabat Rasulullah menggambarkan itulah pekerti utama mereka. Jika kita lihat seseorang itu fasih dalam berbicara mengenai kedoktoran semestinya kita katakan, "Dia ni seorang doktor atau mungkin pernah belajar".

Jadi berkatalah dengan berpada-pada,bimbang akan membinasakan diri kita. Bagaimana Islam amat menyuruh umatnya menjaga lisan sehinggakan galakan untuk diam lebih diutamakan (jika tak mampu berkata-kata yang bermanfaat). Pamerkanlah 'kemusliman' kita dalam berbicara, agar Islam itu tampak indah di mata semua.

Saya sebenarnya tak ingin memanjangkan kalam pada pandangan sisi pertama ini kerana pada pandangan sisi kedua saya yang lebih ingin saya bincangkan. Sekadar perkongsian pincang dalam mengharapkan tunjuk ajar dari sahabat2..

Seterusnya dalam Pandangan sisi kedua: Malu Plus Keberanian.


Wallahu’alam..

Thursday, April 15, 2010

Syukurlah~~

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah,, warna-warni kehidupan semakin berseri. Dari satu kegagalan hinggalah kegagalan yang lain jelas nampak pada pandangan. menghitung musibah yang melanda amat memenatkan,,tak terkira(pd pandangan diri). Tapi sebenarnya nikmat Allah lebih tak terhitung tapi jarang sekali manusia yg alpa cuba untuk mensyukuri. Hanya tahu mementingkan diri sendiri dengan mengeluh 'mengapa aku?'.

Segala puji bagi Allah..kerana mengurniakan semua itu,, ya, kerana mengurniakan kekurangan ini. Membuat diri untuk lebih mengenali lemahnya seorang hamba. Rupanya tiada apa perlu dirisaukan kerana apa yang penting tindakan susulan untuk hadapi kenyataan. Adakah hanya merintih kesedihan? 'Bertanyakan Ilahi' mengapa dikurniakan semua ini kpd diri? em..jika itulah tindakan yg dipilih, rupanya tanpa sedar diri telah menjerumuskan kpd masalah dan musibah yang lebih besar..iaitu musibah bila hati tak tahu bersyukur..Jauhilah, bila ini terjadi sukar bagi akal untuk menimbangkan fikiran sama ada hendak dipandu oleh nafu atau iman.


:: musibah itu nikmat ::

Jadi tindakan yang sepatutnya adalah menerimanya hadir dalam kehidupan dan jadikan ia sebahagian dari hidup..Binalah bermacam alasan untuk tidak menyalahkan takdir Ilahi. Inilah masanya untuk kita beralasan. Bila hati mula redha, mulakan langkah untuk menyelesaikannya. Kadang2 lebih mudah jika kita buat tak tahu..tapi tanpa kita sedar masalah itu akan mengekori kita sehinggakan satu hari, kita akan rimas dan ketenangan hati tidak lagi bertandang. Sedangkan kita tak tahu lagi apakah yg akan disediakan kepada kita di masa hadapan. Mungkin satu lagi cabaran untuk mendewasakan diri?

Alhamdulillah..satu hajat telah dimakbulkan Allah..tapi sudahkah diri laksanakan apa yg diri janjikan kpdNya? perlu terus bermujahadah..gunakan segala senjata yg ada~ doa..anda seorang yang menyembah Allah Yang Esa, lalu mengapa perlu untuk berharap selain dariNya?? Anda sudah berada dalam cahaya kebenaran, jesteru apa lagi yang kita harapkan selain mengolah apa yang telah dikurniakan Ilahi menjadi ladang menuju akhiratNya..menuju pertemuan yang pasti..

Bersyukurlah..dan syukurlah wahai hamba..semuanya telah tersedia takdir yg terbaik utk dirimu..mulakan langkah untuk jadikan kegagalan sebagai kekuatan..InsyaAllah~~

~ Hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus dan benar..orang beriman itu tak pernah merasa lemah dan bersedih..

Wednesday, April 14, 2010

Menghargai Petunjuk Ilahi..

Tanpa diminta, suasana kehidupan ini mengajar kita dalam menghargai setiap pemberian dan kurniaan. Betapa mekarnya hati apabila apabila kita ketahui masih ada insan yang sudi menghargai diri. Setiap pemberian yang diberi pada hari kelahiran kita, kita pasti juga akan tertunggu-tunggu akan hari kelahiran mereka. Memikirkan apa yang akan kita balas, bimbang juga jika mereka memendam rasa jika penghargaan itu tidak dibalas. Alhamdulillah fitrah ini sememangnya akan mengutuhkan lagi tautan mahabbah di antara kita dan sahabat.

Bahkan Rasulullah pernah bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilanglah permusuhan.” (Muttafaqun Alaih)

Namun perlu kita lihat punca kepada segala kurniaan adalah datangnya dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Kadang2 kita sentiasa terlupa dan lalai dgn nikmat yang zahir..kita nampak hadiah jam tangan dari manusia tapi kita terlupa siapakah yang mengizinkan perkara tersebut terjadi sekiranya bukan Allah?

Seharusnya segala kesyukuran dirujuk kembali kepada al-Khaliq. Tapi dewasa ini, adakah telah kita letakkan rasa berterima kasih kepada Allah terutamanya dengan cara yang benar?

Atau hanya mengharap tapi tak berusaha untuk menjadi hambaNya yang beriman?

Juga pernahkah kita fikirkan 'perasaan' (kemurkaan) Allah jika tidak membalas penghargaanNya seperti mana kita fikirkan perasaan manusia?

Lantas..Bersyukurkah kita?


:: Kehilangan apakah yang kita takuti? ::


Iman dan Islam Yang Kita Miliki..

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana lahirnya kita terus dinamakn muslim. Jika diselusuri sirah Rasulullah, bagaimana peritnya dugaan yang perlu dihadapi baginda dan para sahabat hanya kerana mereka menyembah Allah Yang Esa. Hanya kerana mereka menemui sinar kebenaran dan keluar dari kebatilan.

Dan kita? Yang menyedihkan masa kini, umat Islam hanya diibaratkan buih-buih di pinggir pantai. Hilang apabila dihempas badai..kuantiti tanpa kualiti. Seolah-olah muslim dan Islam adalah suatu perkara yang terpisah. Seorang muslim yang belum tentunya mengamalkan Islam sepenuhnya, sehinggakan menjadi fitnah kepada non-muslim yang mencari peluang dalam menghapuskan kebenaran Agama ini. Mahukah kita Islam yang dibina dengan segala kesusahan ini hancur di tangan umatnya sendiri? Lupakah kita kepada pengorbanan Rasulullah dan kecintaan baginda kepada kita?

Mari kita renungi kisah di sebalik penurunan ayat 113-114 Surah at-Taubah untuk kita rasakan berharganya nikmat Petunjuk Ilahi..

(113)“Tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyik itu adalh kaum kerabatnya, sudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalh isi neraka jahannam.

(114) Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya hanyalah suatu janji yang keluar diikrakannya kepada bapaknya. Maka taktala jealsa bagi Ibrahim bahwa bapkanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri adarinya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seoarng yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.

(Diriwayatkan elah Imam Ahmad dari Ibnul Musayyab) [1]

Ketika Rasulullah datang menziarahi Abu Thalib yang mananti ajalnya, sedangkan di situ Abu Jahal dan Abdullah bin abi Umaiyah sudah berada di samping bapa saudaranya. Lalu baginda mengajarkan Abu Thalib agar mengucapkan kalimah syahadat”Lailahaillah”.

Sejurus selepas itu, Abu Jahal mengatakan kepada Abu Thalib, “Apakah kamu berpaling dari agama Abdul Muthalib bapamu? Abu Thalib menjawab,”Aku tetap menurut agama Abdul Muthalib”.

Lalu bersabdalah Rasulullah SAW kepadanya:

“ Aku akan tetap beristighfar bagimu selagi aku tidak dilarang”.

Kemudian turunlah ayat 113 di atas. Dan dalam hubungan ini, turunlah ayat,

Ertinya: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya.

*********

Jika kita bandingkan, sedangkan insan yang paling rapat dengan Rasulullah tidak dikurniakan hidayah iman dan Islam, siapalah kita di sisiNya. Namun disebabkan petunjuk adalah Milik mutlak Allah, kita adalah insan yang terpilih..Ya Allah besarnya kurniaMU. Tapi adakah kita menghargainya?

Setiap hari ada sahaja kekurangan diri dari segi keduniaan yang kita hitung. Lalu keluhan keluar bertalu-talu dari lisan kita. Tanpa sedikit pun kita rasakan kekurangan itu sebagai perkara yang remeh jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang telah kita perolehi. Dari bermulanya hidup dengan kesempurnaan anggota, bukan rasa bersyukur yang kita titipkan bahkan kita memandang pula kekurangan dengan memiliki wajah yang kurang menawan. Kita diberikan keupayaan berfikir, tapi kita tetap melihat pada kekurangan intelektual yang tidak seperti insan lain. Kita diberikan lagi ibubapa yang masih hidup, tapi kita tetap mengeluh dengan ‘bebelan’ mereka. Sehinggakan kita diberikan keseluruhan hidup dengan berpeluang merasai nikmat keimanan dan sebagai hambaNya, juga kita masih mengeluh dalam mengamalkan syariat. Sentiasa beralasan dalam menunaikan perintah Pemberi nikmat. Lalu apakah sebenarnya yang kita inginkan dalam hidup ini jika setiap pemberian Ilahi kita mungkiri?

Akhirnya, mungkin kalam ini akan bersambung dalam bermuhasabah di manakah tahap keimanan kita..insyaAllah. Sama-sama kita berusaha dalam menghargai dan mensyukuri dalam erti kata sebenar hidayah yang dikurniakan Allah.

Wallahua’lam..

[1] sumber: Tafsir Ibnu Katsir

Saturday, April 10, 2010

Wahai Pejuang Agama Allah!!

Apabila saya baca artikel ini, terasa tepat mengena pada batang hidung sendiri..
Selalunya kita akan mengadu keletihan dengan apa yang telah kita lakukan. Setakat mengadu mungkin itu adalah lumrah, yang perlu ditinggalkan. Tapi jika bertambah-tambah dengan terasa sedih apabila 'pengorbanan' tidak dihargai. Wajarkah kita? Hanya menzahirkan niat di hati yang sedikit terpesong kpd dunia..Bukan saya ingin menghukum, tapi itu adalah realiti yang saya sendiri sedang lalui. Namun pernahkah kita bandingkan yang kita katakan 'pengorbanan' itu dengan pengorbanan sebenarnya yang telah dicurahkan oleh Rasul2 terdahulu dan para sahabat? Ambil masa untuk kita renungi supaya kita tidak dimalukan diri sendiri dengan pengakuan kita sendiri =)...sebenarnya muhasabah ini lebih tertuju kepada diri sendiri..

Artikel ini saya dapat dari salah seorang sahabat di forum iluvislam. Sama2 kita ambil manfaat..jdkn renungan bersama.. Betulkah kita ini pejuang agama Allah??? InsyaAllah..Moga niat kita tetap : semata mencari keredhaanNya..selagi matlamat itu kita tak ketahui tercapai, selagi itulah kita akan usahakannya..insyaAllah..Pengharapan dan pergantungan hanya pada ALLAH SWT..

= = = = = = = = = = == = = = = = == = == = == = ==



:: Benarkah engkau seorang pejuang? Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah, sebagai aktivis, namun akhlak maupun tsaqafahnya tidak mencerminkan hal itu. Mengaku diri sebagai mujahid, namun niat ternoda oleh selain-Nya. Inilah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sindir di dalam Al Qur'an, "Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan 'kami beriman' sedang mereka tidak di uji lagi?" (QS. Al Ankaabut: 2-3)


Sang Pejuang Sejati

Masing-masing kita sebaiknya mengevaluasi diri, adakah kita memang sudah benar-benar menjadi pejuang di jalan-Nya atau jangan-jangan, baru sebatas khayalan dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa. "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." (QS. 3:142).

Ya, kita mengira akan masuk surga dengan pegorbanan yang sedikit, seakan ingin menyamakan diri dengan hukum ekonomi kapitalis, "Mendapatkan output yang sebesar-besarnya, semaksimum mungkin, dengan input yang seminimal mungkin."

Aduhai., sesungguhnya hari akhir itu adalah perkara yang besar. Dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi itu, sangat mahal harganya. Rasulullah SAW bersabda, "Generasi awal berjaya kerana zuhud dan teguhnya keyakinan,sedang ummat terakhir hancur kerana kikir dan banyak berangan muluk kepada Allah."

Saat nasyid-nasyid perjuangan dilantunkan, gemuruh di dalam dada menjadi berkobar-kobar untuk berjuang. Tetapi sayang, ternyata hanya tersimpan di dalam dada dan semangat itu ikut surut seiring dengan berakhirnya lantunan nasyid. Tidak keluar dalam amaliyah yang nyata. Demi Allah., keimanan bukanlah dilihat dari yang paling keras teriakan takbirnya, bukan pula dari yang paling deras air matanya kala muhasabah, dan bukan pula dari yang paling ekspresif menunjukkan kemarahan kala melihat Israel menyerang Palestin. Bukan pula dari yang paling banyak simbol-simbol keagamaannya. Kerana itu semua hanya sesaat. Sesungguhnya keistiqomahan dalam berjuang, itulah indikasi keimanan sang pejuang yang sebenarnya. Pejuang yang sabar menapaki hari-hari dengan mengibarkan panji Illahi Rabbi. Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur'an. Teguh pendirian. Tak kenal henti. Hingga terminal terakhir, syurga.

Pengorbanan

Apakah dengan memakai sedikit waktu untuk berda'wah, sudah menganggap diri telah melakukan sehabis-habis perjuangan? Padahal para nabi tidaklah menjadikan da'wah ini hanya sekedarnya saja, tetapi sebagaimana dicantumkan dalam Surat Nuh ayat 5, "....Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam." Pun dalam surat Al Muzzamil, "Hai orang yang selimut, bangunlah lalu berilah peringatan, dan Rabbmu agungkanlah. " Sejak ayat itu turun, sang nabi akhir zaman selalu siaga dalam kehidupan. Bahkan, hingga menjelang ajalnya, Rasulullah tengah menyiapkan peperangan untuk menegakkan Al Haq.

Sang pejuang, tetapi makanannya adalah sebaik-baik makanan, dan pakaiannya adalah sebaik-baik pakaian. Dan dengan tanpa rasa berdosa, asyik menonton drama-drama cinta dan acara gosip, mendengar lagu-lagu cinta, berghibah, perut kenyang, banyak tidur, dan mengabaikan waktu, lalu berharap mendapatkan syurga? Sangatlah jauh. Bagaikan pungguk merindukan rembulan. Alangkah berbezanya dengan yang dicontohkan Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Mush'ab bin Umair dan para sahabat yang lainnya. Yang setelah mendapatkan hidayah, mereka justeru menjauhi kemewahan hidup. Mereka mampu secara ekonomi, tetapi mereka tidak rela menikmati dunia yang melalaikan.

Seorang pejuang harus memahami jalan mendaki yang akan dilaluinya. Sang Nabi tak pernah tertawa keras apatah lagi terbahak-bahak. Dan hal itu dikeranakan keimanan yang tinggi akan adanya hari akhir, akan adanya surga dan neraka. Ada amanah da'wah yang besar di pundaknya, lantas bagaimana mungkin seorang pejuang akan banyak
bergurau? Imam Syahid Hasan Al Banna memasukkan "keseriusan" atau tidak banyak bergurau sebagai bagian dari 10 wasiatnya.

Dan dikisahkan pula bahwa Sholahuddin Al Ayyubi tak pernah tertawa kerana Palestina belum terbebaskan.

Keringnya suasana ruhiyah di lingkungan kita, bias jadi kerana di antara kita -saat di luar halaqah - jarang saling bertaushiyah tentang hari akhir. Bahkan sungguh aneh, dapat tertawa dan tidak menyemak ketika Al Qur'an dibacakan di dalam pembukaan ta'lim. Atau saat kaset murottal diputar, tetapi tidak diendahkan. Yang mengindikasikan bahawa Al Qur'an itu baru sampai di tenggorokan saja. "Akan tiba suatu masa dalam ummat ketika orang membaca Al Qur'an, namun hanya sebatas tenggorokannya saja (tidak masuk ke dalam hatinya)." (HR. Muslim).

Dimanakah air mata keimanan? Ya Rabbi., ampunilah kelemahan kami dalam menggusung panji-Mu.

Kederisasi generasi sebaiknya tidak melulu tentang pergerakan dan mengabaikan aspek keimanan. Keimanan harus senantiasa dihembuskan dimana saja kerana ia adalah motor penggerak yang hakiki. Iman adalah akar.

20 Muwashofat Sang Pejuang

Setidaknya, ada 20 kriteria yang harus dimiliki pejuang, yang disarikan dari Al Qur'an dan hadits, yaitu :

1. Aqidahnya bersih (saliimul 'aqiidah)
2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya benar (Shohiihul I'baadah)
4. Tubuhnya sehat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5. Pikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun 'alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun 'alal waqti)
9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi'un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar (Ba'iidun 'anisy syubuhat)
11. Senantiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
13. Senantiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul 'afwi)
15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja' ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil'amal)
17. Rendah hati (Tawadhu'wink
18. Berpikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina'wink
19. Senantiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda'u 'alal kuffar)

Penutup


Menjadi pejuang, hendaknya bukanlah angan-angan kita belaka. Menjadi pejuang, memiliki criteria (muwashofat) yang harus di penuhi. Jangan sampai kita terkena hadits ini, "Akan datang suatu masa untuk ummatku ketika tidak lagi tersisa dari Al Qur'an kecuali mushafnya dan tidak tersisa Islam kecuali namanya dan mereka tetap saja menyebut diri mereka dengan nama ini meskipun mereka adalah orang yang terjauh darinya." (Ibnu Babuya, Tsawab ul-A mal).

Pejuang di jalan-Nya hendaknya bukan dari kacamata kita, tetapi dari kacamata Allah Subhanahu wa Ta'ala. Alangkah ruginya bila kita menganggap diri sebagai pejuang, padahal dalam pandangan Allah Subhanahu wa Ta'ala, kita tak ada apa-apanya. Maka, bersama-sama kita memuhasabahi diri, agar cinta kita kepada-Nya bukan hanya angan semata, agar cinta kita tak bertepuk sebelah tangan. Kerana pembuktian cinta haruslah mengikuti dengan keinginan yang dicinta. Jika tidak, maka patut dipertanyakan kebenaran cintanya itu. Cinta sejati, tidak hanya dimulut dan disimpan di dalam dada saja, tetapi harus dibuktikan, agar sang kekasih percaya bahwa kita mencintainya. Kita mencintai-Nya dan Dia pun mencintai kita. "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya. ." (QS. Al Maidah : 54 -56)

~ Akhirnya..adakah kita layak dipanggil jundullah?? dengan usaha yang semakin banyak diliputi oleh alasan??..Salam Mujahadah..

Friday, April 9, 2010

Memberi dalam bermatlamat..

CATATAN INI DIMULAKAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAHSAW,SHBT, DAN KELUARGA..


Inginku lakarkan sesuatu di laman ini namun terasa amat kekurangan ilmu..bimbang jika yang terlakar nanti hanya menurut pandangan nafsu semata..

Bila dikatakan erti hidup dalam memberi, memang itu yang akn kita cuba lakukan. Namun untuk memberi semestinya harus memilki..Jika ingin diberi sedikit peringatan, semestinya harus lahir dari sudut keikhlasan..lebih2 lagi jika ingin berkongsi ilmu..

Tapi erti memberi bukan hanya terhad pada kalimah bicara,lakaran puitis, ilmu mahupun barangan.. Sememangnya semua itu hendaklah diusahakan terlebih dahulu..

Memberi juga bukanlah khusus kepada insan lain tapi diri kita juga hendaklah diberikan sesuatu..Ya, berilah peluang kepada diri anda untuk mendapat kebahagiaan jiwa terutamanya..
Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana kebanyakan dari kita sentiasa sibuk dengan keperluan kehidupan yang menuntut pelbagai perkara. Jika anda adalah pelajar, sibuknya kita dengan mengulang kaji. Jika anda adalah ibubapa, sibuknya kita dengan urusan rumahtangga..dan pelbagai tugasan lagi..
Ini membuat kita terlupa seketika yang fitrah manusia adalah pengabdian pada Khaliq. Tiada masalah sebenarnya menyelesaikan tugasan dunia, namun biarlah jiwa kita turut diikat dengan pergantungan dan pengharapan kepadaNya. Jika kita belajar misalnya, tidak semestinya ketika subjek agama sahaja baru terkeluar dari bibir kita perkataan Allah Tuhan kita. Padahal semua ilmu adalah milik Allah semata..

Jika hati diniatkan keranaNya apabila memulakan sesuatu tugasan, insyaAllah keseimbangan dalam erti memberi akan lebih bermakna. Hanya perlu dibumikan Islam dalam setiap tatacara kehidupan kita. Bagi saya ianya agak susah dilakukan tapi dalam menggapai redhaNya itulah yang sebenarnya harus kita usahakan..Dengan ini tiadalah kes pecah amanah, bunuh diri kerana kecewa dan lain2..

Sebenarnya saya tak berniat nak memanjangkan kalam, tapi bila dah mula rupanya banyak juga yang terluah..Allah sebenarnya amat Mengetahui kemampuan kita, usah gelisah apabila jika terpaksa memberi suatu yang bukan dalam lingkungan tugas kita..sebenanya itu juga adalah sebahagian dari tanggungjawab kita cuma kadang2 kita yang banyak beralasan sebab tiada 'cop rasmi' yang itu adalah amanah kita..
Dalam tempoh mengikhlaska diri dalam banyak perkara..terutama benda yang samar2..Moga jiwa ini terdidik dengan perkara yang membuahkan amal, bukan lemah dengan hal yang remah-temeh..

:: Kian lama kumenyepi dalam menilai rahmat Ilahi ::


Ingatlah wahai diri dan sahabat, kita mengetahui nilai dunia begitu rendah berbanding nilai akhirat jadi usahlah terlalu menyandarkan suatu perkara dengan bermatlamatkan dunia, kelak ia akan membinasakan kita akhirnya.Di penghujung nanti pasti kita akan temui penyesalan..

Jika balasan di akhirat telah jelas kita akan perolehi, mengapa perlu dicari matlamat dunia yang belum pasti akan tertunai? Yakinlah,Janji Allah pasti berlaku..Saya dah lalui situasi itu dan sehingga kini, natijahnya masih terasa dan tidak ingin ku ulangi kesilapan itu buat kali kedua..InsyaAllah..moga petunjuk Allah akan mengiringi..

Akhir kalam, Alhamdulillah Allah masih membenarkan saya mencoret sepatah dua kata buat tatapan jiwa saya khususnya.Mungkin catatan ini tidak begitu seimbang,tapi insyaAllah saya akan cuba yg lebih terbaik. Semoga dunia tidak lagi berpenghuni di dalam hati, cukuplah sekadar ia berada di pintu hatiku..akan kugantikan dengan ketenteraman dalam mengingati Allah..hem.. harap bukan omongan kosong,,mulakan berusaha..doakan saya shbt sekalian..


:: Amiin Ya Rabbanal a'lamin ::

Wallahua'lam..salamualaikum

Sunday, April 4, 2010

:..Nukilan Buat Teman..:

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW,SAHABAT DAN KELUARGA BAGINDA..

Betul kata orang, kenangan masa sekolah menengah memang sukar dilupakan..Hadirnya blog ini juga salah satunya ingin berkongsi segala pengajaran yang telah saya perolehi dalam mengharungi liku2 kehidupan sebagai seorang hamba..pelbagai keadaan yang dilalui membuatku lebih mengerti kembara ini akan berterusan sehinggalah akan kutemui pengakhiran yang tak pasti bilakah masanya. Kuharap pergantunganku sentiasa hanya pada Khaliq..agar mujahadah ini tidak berhenti di pertengahan..insyaAllah..

Sebelum meninggalkan medan perjuangan,madrasati. Kucoretkan sedikit kata buat sahabat2ku..

**************************************




~Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, begitu juga pertemuan pasti ada perpisahan. Terasa pantas masa berlalu dan sekarang ia menuntut sebuah pengorbanan. Engganku lepaskan kasih yang telah terbina. Namun kusedar, yang semaian ini akan terus mekar walau jauh di mata tapi dekat di hati.
Duhai sahabat,
andai perpisahan ini menjadi titik noktah pada pertemuan kita, maafkanlah segala salah lakuku, silap tutur bicaraku.
Andai ada yang memendam rasa, bukalah pekung di dadamu, agar ia tidak kau bawa bersama sebagai memori terakhir kita..

Sahabat,
jadikanlah segala susah payah kita selama ini sebagai kemudi untuk kita harungi gelora kehidupan yang tidak bernama. Tika itu, maafkan daku kerna tak bisa mengemudi bersamamu..namun titipan doa akan kuutuskan agar ketenangan menjadi milikmu.

Sahabat,
andai selepas ini ada badai melanda, andai hatimu merana..teruskanlah perjuanganmu jika keredhaan Ilahi yang menjadi matlamatmu..kerna kuyakin akan ada bahagia yang sedang menanti..jika tidak di dunia ini, pastinya di akhirat nanti.

Sahabat,
Dikaulah pencorak kehidupanku. Suka dan duka yang kita lalui membuatku mengerti dan menghargai erti sebuah kehidupan. Tiada kata yang bisa kuungkapkan bagi menyatakan bahawa dirimu begitu bermakna buat diriku. Terima kasih kerana berada di sampingku selama mana masa yang telah berlalu di sini...

Sahabat,
Waktu yang berlalu tidak bisa kuhalang, hujan yang turun juga tak bisa kubendung, begitu juga ingatanmu buatku..tidak kupinta dan kuharap. Cukuplah jika kau mengerti bahawa dirimu sentiasa dalam ingatanku..

Salam kasih dariku..untukmu, sahabat.

*************************************

~Mungkin masa ku mula melakar coretan ini telah berlalu, namun ianya sehingga kini sentiasa di hatiku...


Friday, April 2, 2010

:..MEOW..:


wwDENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYNG..
SELAWAT DAN SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN SAW..

Di kesempatan ini, saja nak promosikan ilham terbaru krew iluvislam..MEOW: Message Of The Week..
Satu cetusan yang kreatif..Semoga mereka sentiasa dinaungi pengharapan hidayah Ilahi..Mereka telah berusaha, kita? mungkin peringkat permulaan ini, dengan tinta yang masih pudar, saya menukilkan sesuatu untuk diri sendiri dan sahabat..InsyaAllah usaha di masa hadapan lebih tepat,bermatlamat dan dlm jemaah..


:..Lima Perkara Perosak Hati..:

..SAYA MULAKAN TULISAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
..SELAWAT DAN SALAM KPD RASULULLAH SAW,SHBT DAN KELUARGA BAGINDA..


Di sini saya ingin berkongsi artikel yang diperolehi dari iluvislam bertajuk 5 perkara perosak hati. Sama-sama kita ambil manfaat..

==========================================

Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah perlu dan wajib.
Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'


1. Bergaul dengan banyak kalangan

Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Oleh sebab itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat kerana salah pergaulan. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong
Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang tiada tujuan hidup. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang tak bertujuan. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi Sallallahu alaihi wasallam memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. Bergantung kepada selain Allah
Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)


"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebahagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebahagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.


4. Makanan
Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, sama ada kerana paksaan, malu atau takut terhina.
Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melampaui batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).


5. Banyak tidur
Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Oleh itu, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Sallallahu 'alaihi wa sallam .