Sunday, April 4, 2010

:..Nukilan Buat Teman..:

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH SAW,SAHABAT DAN KELUARGA BAGINDA..

Betul kata orang, kenangan masa sekolah menengah memang sukar dilupakan..Hadirnya blog ini juga salah satunya ingin berkongsi segala pengajaran yang telah saya perolehi dalam mengharungi liku2 kehidupan sebagai seorang hamba..pelbagai keadaan yang dilalui membuatku lebih mengerti kembara ini akan berterusan sehinggalah akan kutemui pengakhiran yang tak pasti bilakah masanya. Kuharap pergantunganku sentiasa hanya pada Khaliq..agar mujahadah ini tidak berhenti di pertengahan..insyaAllah..

Sebelum meninggalkan medan perjuangan,madrasati. Kucoretkan sedikit kata buat sahabat2ku..

**************************************




~Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, begitu juga pertemuan pasti ada perpisahan. Terasa pantas masa berlalu dan sekarang ia menuntut sebuah pengorbanan. Engganku lepaskan kasih yang telah terbina. Namun kusedar, yang semaian ini akan terus mekar walau jauh di mata tapi dekat di hati.
Duhai sahabat,
andai perpisahan ini menjadi titik noktah pada pertemuan kita, maafkanlah segala salah lakuku, silap tutur bicaraku.
Andai ada yang memendam rasa, bukalah pekung di dadamu, agar ia tidak kau bawa bersama sebagai memori terakhir kita..

Sahabat,
jadikanlah segala susah payah kita selama ini sebagai kemudi untuk kita harungi gelora kehidupan yang tidak bernama. Tika itu, maafkan daku kerna tak bisa mengemudi bersamamu..namun titipan doa akan kuutuskan agar ketenangan menjadi milikmu.

Sahabat,
andai selepas ini ada badai melanda, andai hatimu merana..teruskanlah perjuanganmu jika keredhaan Ilahi yang menjadi matlamatmu..kerna kuyakin akan ada bahagia yang sedang menanti..jika tidak di dunia ini, pastinya di akhirat nanti.

Sahabat,
Dikaulah pencorak kehidupanku. Suka dan duka yang kita lalui membuatku mengerti dan menghargai erti sebuah kehidupan. Tiada kata yang bisa kuungkapkan bagi menyatakan bahawa dirimu begitu bermakna buat diriku. Terima kasih kerana berada di sampingku selama mana masa yang telah berlalu di sini...

Sahabat,
Waktu yang berlalu tidak bisa kuhalang, hujan yang turun juga tak bisa kubendung, begitu juga ingatanmu buatku..tidak kupinta dan kuharap. Cukuplah jika kau mengerti bahawa dirimu sentiasa dalam ingatanku..

Salam kasih dariku..untukmu, sahabat.

*************************************

~Mungkin masa ku mula melakar coretan ini telah berlalu, namun ianya sehingga kini sentiasa di hatiku...


No comments: