Thursday, December 24, 2009

Deena...ISLAM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

Segala pujian hanyalah layak buat Pencipta seluruh alam...dan selawat dan salam kpd Rasulullah SAW dan para shbt yg sentiasa di sisi bgnda...

Apabila kita melihat kemelut yang sdg melanda dunia sekarang, Islam hanya dianuti sbg suatu adat...apbl ibu bapa Islam, maka Islamlah kita...naudzubillah. Di atas dasar inilah..kita selaku insan yg mnyedari akn gelora yg sdg brgelombang ganas ini..haruslah mngambil peranan..Tapi bgmn?? saya baru di alam persekolahan...bgmn??saya sdg sibuk mencari nafkah keluarga..mana ada masa utk pergi berperang dgn org kafir...mana ada masa utk pergi berdakwah dari rumah ke rumah...Ada lagi yg berkata..it's not my job..dakwah2 ni utk org tabligh jer..utk alim ulama" je...

Sedar tak kita, jika kalam sbginilah yg menjadi pegangan kita, jika inilah yg sentiasa terdetik di hati kita...sebenarnya kita telah jauh dari matlamat kehidupan kita spt yg telah dgariskan dlm kalamullah...
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu....."
(Surah Adzariyat ayt 5)
Di sini juga menunjukkan betapa berjayanya para kuffar memesongkan umat Islam...Bgmn jika kita lihat sejarah telah membuktikan yg Islam pernah menakluki 2/3 dunia..bgmn kegemilangan tersebut tercapai? Begitu hebat ....Subhanallah..tidak lain dan tidak bukan kerana para khalifah dahulu menjalankn pmerintahan dgn adil dan saksama mnurut syariat Islam..dan umat Islam masa dahulu bkn sekadar muslim pada nama semata2 tapi turut muslim pada amalan seharian mereka..Islam dijadikan tatacara hidup yagng sempurna. Keyakinan pada kekuasaan Allah begitu menebal di sudut hati mereka...tiada kuasa lain yg lebih hebat selain dr Nya dan juga keyakinan mrk bhw stp amln akn ada balasannya di akhirat nanti menjadikan mereka senantiasa berhati2 dlm stp langkah kehidupan krn dbimbangi akn mnimbulkan kmurkaan Allah.

Bagaimana JIka dibandingkan dgn kita?? Sedarlah kita skrg sedang dlm peperangan..Ya, iaitu ghazwatul fikr...peperangan fikiran..Bagaimana Allah ada menyebut bhw org kafir tdkkan sesekali akn membiarkan org muslim hidup dlm keadaan aman dgn syariat Islam..
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka...." (surah al-Baqarah ayat 120)

...Kerana mereka tahu peperangan di medan perang bukanlah penyelesaian yg terbaik utk menumpaskan umat Islam...Perang Salib telah membuktikan kejayaan demi kejayaan dikecapi umat islam dlm mempertahankan agm mereka. Jesteru pelbagai propaganda yang disebarkan agar kita kembali lemah tanpa pegangan yang utuh,,,sudah cukup untuk kita melihat apa yang berlaku di sekeliling kita mahupun di dalam kediaman kita sendiri...bgmn smkn hari budaya kita semakin dibawa arus budaya barat yang sedang menular...bagaimana diri kita antara sedar dan tidak sedar memisahkan agama dari perjalanan hidup..Ini disebabkan oleh ketidakyakinan kita bahawa Islamlah way of life...Lalu..inilah jalan kita iaitu agama kita..sama2lah kita membersihkannya dari onak duri yang semakin menenggelamkannya....


ZAINAB AL-GHAZALI..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...


Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam buat Rasulullah dan sahabat..


Di sini ana ingin perkenalkan salah satu tokoh srikandi..mungkin kisah sebenar kehidupan beliau serta rahsia hatinya kita tidak ketahui..dan ana bukan ingin membawa anda supaya taksub kpdnya, tapi sekadar mengambil kisah kehidupannya untuk kita ambil sebagai pedoman dalam kehidupan..


Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.



Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".


Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.


Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]

Wednesday, December 23, 2009

Sejauh mana kita menjaga ikhtilat?..

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur ke hadrat Ilahi dgn kurniaan khidupan Islam ini...Alhamdulillah.
Disini ana nk kongsikan bsama, tazkirah yang dharap dpt mbuang keterbiasaan kita dgn suasana semasa, yg smkn hari smkn mngelirukn...Seringkali plbg alsn yg kita timbulkn utk mbolehkn kita mlakukn sesuatu mngikut kmahuan diri tnp dsedari sdkt sbyk kita tlh mnolak hujah yg asas iatu Quran dan Sunnah.. mgkn kita sedar atau mgkn tdk..Sama2lah kita berhati2 dlm mnongkah arus dunia bg mnuju akhirat..dan ambl sumthing yg bermanfaat dr tzkirah ini.


IKHTILAT......IKHWAH....AKHAWAT........

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat yang tidak dibatasi dengan syariat, boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya. Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31) Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Di sini, bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi. "Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".