Saturday, January 23, 2010

TEKA-TEKI...Dari Manakah Syaitan Memasuki Hati Kita??



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..



Salah seorang dari para solihin berkata"Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba2 ku dapati syaitan memasukinya dari sepuluh pintu":

1. Buruk sangka dan tamak, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dgn yg ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan2, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut yg tiba2.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat2 pemberian Allah dan takutkan balasan siksa.

5. Memandang rendah pada orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak2 dan kehormatan mereka.

6. Hasad, lantas ku menghadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yg ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhlukNYa.

7. Ria' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yg ada di sisi Allah itu akan kekal.

9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'

10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yg ada pada manusia.

~Mungkin kita menyedari atau tidak, hadirnya sifat mazmumah di atas dalam diri yg membuka ruang kpd syaitan utk menguasai diri kita shg kdg2 menjadikan kita tidak berkehendakkan kepada kebaikan sedangkan kita mengetahui hakikat akan kebenaran..Sama2lah kita usaha dan doakan supaya petujuk Allah sentiasa mengiringi dalam setiap langkah kehidupan kita...

~Sumber dari: buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"..

Apa Sebenarnya Maksud IKHTILAT??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,,,

Alhamdulillah bersyukur ilallah di atas kurniaNya walaupun Dia tahu hambaNya ini sering mencari alasan dalam berbuat kebaikan di atas rasa syukur kpd Nya dan atas manfaat diri ini sendiri..nikmat iman dn Islam ini masih kta miliki...jgn lepaskannya, jgn gadaikannya, krn inilah kurnia yg terbesar dlm kehidupan ini...

Tidak ku lupakan kpd pembawa dan penjujung risalah yg agung shg diri kita mampu utk mengenal Pencipta dan dasar undang2 kehidupan ini, selawat dan salam kpd Rasulullah dan para sahabat yg meletakkan dasar cinta mereka terhadap Allah dan Rasul melebihi segala2nya..

Jika dahulu ana mengenal perkataan ikhtilat ini dgn maksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tapi kini ana sedar rupa2nya ia salah..terima kasih diucpkan kpd ust.AlHafiz krn membentangkn artikel ini..semoga ilmu ini sama2 kita ambil manfaat dan di amalkn dlm kehidupan seharian...Bagi yg menjaga perhubungan antr ajnabi, sila bg ruang kpd diri kite utk menyesuaikan diri dgn pergaulan seharian berlandaskan syariat..dan bg yg terlalu bebas, sama2 kita cuba utk mengawal skop pergaulan kita agar maruah diri lebih terpelihara..InsyaAllah.


Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud;

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu”. [al-Ahzab : 34]

Apakah ikhtilat itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”. Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran yang diharamkan

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram , maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah) Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya . Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf . Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut .

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1.Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2.Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman . Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalamsemua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari . Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3.Ikhtilat kerana menjadi saksi . Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4.Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar . Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5.Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).

6.Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya . Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7.Ikhtilat dalam kenderaan awam . Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarie.

8.Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad . Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah . Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9.Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat . Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agamakerana Bukhari meriwayat kan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

10.Ikhtilat dalam suasana yang teiah menjadi adat kebiasaan . Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Pengecualian Bagi Hukum Asal

Unsur Darurat

Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan ataumenyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain . Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

· Muamalat Maliyyah (urusan harta)

Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

· Penyaksian (urusan mahkamah)

Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

· Urusan kerja

Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya . Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

· Melayani tetamu

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya . Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya ‘khalwah’ (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

· Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak . Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berfoya-foya . Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga , menziarahi keluarga , pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

· Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

· Pergaulan semasa belajar

Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia [dalam situasi kita, di Russia] di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran .

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam

Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.

> Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.

> Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.

> Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.

> Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Ikhtilat

Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Israaa : 32)

Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosakknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku.

Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.

Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.

Sumber: http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=810&joscclean=1&comment_id=809&Itemid=123

Adab Pergaulan antara Lelaki dan Perempuan, Pn Hamidah Mat [Sarjana Fiqh & Usul, UM]

http://btk.nizhny.imamrsc.com/?p=615

Thursday, January 14, 2010

Sebelum mata terlena....

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi dgn seluruh nikmat kehidupan ini..dan juga selawat dan salam ke ats Rasulullah..dn sahabat...

Di sini ana ingin kongsikan bersama satu lirik nasyid yang pd mulanya terngiang selalu di telinga ana mase dlm tempoh peperiksaan spm..oleh sahabt2..walau diulang bbrp kali, tidak kami merasa jemu..mungkin krn liriknya yg menusuk kalbu...

Lirik Lagu "Sebelum Terlena"
Artis : Hijjaz

Sebelum Mata Terlena
Di Buaian Malam Gelita
Tafakurku Di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri

Yang Kerdil Lemah dan Bersalut Dosa
Mampukah ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai ku Mencari Limpahan Hidayahmu

Agar Terlerai Kesangsian Hati Ini
Sekadar Air Mata Tak Mampu
Membasuhi Dosa Ini

Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati Ini
Tuhan Beratnya Dosaku
Tak Daya Kupikul Sendiri

Hanyalah Rahmat dan Kasih Sayangmu
Yang Dapat Meringankan Hulurkan Maghfirahmu
Andainya Esok Bukan Milikku Lagi
dan Mata Pun ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi

Sebelum Berangkat Pergi Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban Ini
Yang Mencengkam Jiwa dan Ragaku

Selimuti Diriku
Dengan Sutra Kasih Sayangmu
Agar Lena Nanti Kumimpikan
Syurga Yang Indah Abadi

Pabila ku Terjaga
Dapat Lagi Kurasai
Betapa Harumnya
Wangian Syurga firdausi

Oh Ilahi

Di Sepertiga Malam
Sujudku Menghambakan Diri
Akan Kuteruskan Pengabdianku Padamu

Tuesday, January 5, 2010

::..KASIH DAN SAYANGMU, YA ALLAH..::

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Alhamdulillah, sama2lah kita bersyukur dgn sgl nikmat yg tidak terhitung sbg hamba Allah SWT..yg muslim dan beriman..InsyaAllah..
Selawat dan salam juga ke ats utusan dan kekasih Allah..Rasulullah SAW dan juga para sahabat yg setia brd di samping baginda..betapa besar pengorbanan kalian...

Sememangnya manusia tidak akan lari dari sft kasih dan sayang..namun kasih Allah buat hambaNya tidak berbelah bagi dan tidak terhitung..Sungguhpun kini, manusia kdg2 lebih mendahulukan kasih sesama makhluk berbanding kepada Pencipta mrk, tp kita masih lagi hidup dengan senang-lenang tanpa merasa bersalah dan malu...Bersyukurlah kita sbg hamba...

Mengenai kasih sayang ni, ana baru menyedari betapa manusia amat menginginkan dan perlu utk dihargai dan belajar utk menghargai insan lain..mmg sblom ni dah tahu pentingnya kasih syg ni..tp apbl ana lalui peristiwa ni menjadikan ana smkn mengiakannya...



Alam persekolahan menengah memang sukar utk dilupakan lebih2 lagi pabila kita brd di asrama...kebanyakan yang dilakukan, semuanya bersama2..lebih2 lg mase 2, ting 5 banat hanya sekelas.. agak lemas bila 36 org duk dlm satu klas. ana x rse sgt sbb duduk kt brsn hadapan klas.. tp sgala bunyian agk dpt didegari apbl ckgu tiada dlm klas...mmg x bagus bi'ah mcm tu sebagai huffaz tp itulah jika hati tak disemai utk sentiasa menjaga diri..namun itulah yg sentiasa mekar di ingatan..


Peristiwanya bermula bila dkt dgn akhir tahun, kami merancang utk buat jamuan akhir tahun skali dgn banin...sbg kenangan terakhir dengan cikgu2 sebelum kami berangkat pergi,, memang mase tu kalut sbb time nak spm...diringkaskan alkisah, pengurusan jamuan ni menyebabkan ikhtilat agak tak terjaga, seakn2 kami terpecah kpd dua kump..1 kump. yg menyedari hakikat tapi kbanyakannya terdiri dr kalangan pemerhati...kump. 2nd, yg kebanyakannya adalah ajk jamuan.. mmg dua2 ni bersalah sebab pihak 1st jenis tak berani nak nahi mungkar dan berterus-terang, dan phk 2nd ni mcm sedar dlm tak sedar dan ingin cpt bereskan kerja..

Jadi bila same2 membengkak perasaan, brsn kepimpinan cadngkan buat pertemuan ahli klas utk meluahkan apa yg terbuku dlm hati...bile ana dgr luahn tu, ana sedari kebanyakan sahabat yg 'menyendiri' slama ni sebab rase diri tidak dihargai...mereka dah buat macam2 utk mendapat tempat di mata rakan2 yg lain namun mungkin rakan2 tidak menyedari,,, hinggalah mereka mencari sesuatu yg mungkin membuat diri mereka puas..dan memendam rasa berpanjangan..Sedih sangat malam tu dan terasa diri ini amat bersalah kerana selama ini tidak menghulurkan salam ukhwah fillah dgn shbt2...
Hanya Allah yg mengetahui bagaimana luluhnya hati ini melihat keadaan shbt2 sebelum malam tu, lebih2 lagi mengenangkn iman yang begitu lemah untuk amar ma'ruf nahi mungkar..Ya Allah alhamdulillah krn mendengar pengaduanku sehinggalah Engkau menganugerahkan malam itu, merungkaikan segalanya walau kadangkala kami terlupa..

Akhirnya ana dapat mengambil beberapa pengajaran drpd peristiwa tersebut:
1-Mengharapkan kasih dari manusia sememangnya akan mengundang rasa kecewa pabila kasih tidak berbalas..Jesteru, kejarlah kasih dan rahmat Allah kerana Dia sentiasa mendengar pengharapan hamba2Nya...

2-Dalam berukhwah sememangnya amat penting untuk berhusnuzhon dan berterus terang. Jika seminima ukhwah pun kita tak usaha utk laksanakan, di mana letaknya erti persahabatan kita..

3-Sememangya dalam berkasih sayang penting utk menzahirkannya...Tunjukkan kpd yg dikasihi, sesuatu yg membuatkan mereka rasa dihargai..

4-Sapepun kita, sbnrnya kita adlh sesama saudara(muslim)..tiada bezanya kita disisi Allah melainkan ketaqwaan..Pasakkan rasa mahabbah kerana Allah semata2..sehingga kita mampu melahirkan bi'ah seperti mana pd zmn Rasulullah..dan Islam kan gemilang kembali..


~Kasihkan manusia kerna mereka semata2,
hati kan kecewa bila diri dikhianati,
jiwa kan terluka bila diri tidak dihargai,
namun...
kasihkan manusia kerna Pencipta mereka,
hati kan pasrah bila diri dikhianati,
jiwa kan terubat bila diri tidak dihargai,
kerana Allah masih di sisi untuk menghargai,
mungkin dia kan hilang dari sisi kita, tp Allah tidakkan sekali2,
Kejarlah cinta Ilahi sebelum mengejar cinta yang tak pasti..