Tuesday, January 5, 2010

::..KASIH DAN SAYANGMU, YA ALLAH..::

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Alhamdulillah, sama2lah kita bersyukur dgn sgl nikmat yg tidak terhitung sbg hamba Allah SWT..yg muslim dan beriman..InsyaAllah..
Selawat dan salam juga ke ats utusan dan kekasih Allah..Rasulullah SAW dan juga para sahabat yg setia brd di samping baginda..betapa besar pengorbanan kalian...

Sememangnya manusia tidak akan lari dari sft kasih dan sayang..namun kasih Allah buat hambaNya tidak berbelah bagi dan tidak terhitung..Sungguhpun kini, manusia kdg2 lebih mendahulukan kasih sesama makhluk berbanding kepada Pencipta mrk, tp kita masih lagi hidup dengan senang-lenang tanpa merasa bersalah dan malu...Bersyukurlah kita sbg hamba...

Mengenai kasih sayang ni, ana baru menyedari betapa manusia amat menginginkan dan perlu utk dihargai dan belajar utk menghargai insan lain..mmg sblom ni dah tahu pentingnya kasih syg ni..tp apbl ana lalui peristiwa ni menjadikan ana smkn mengiakannya...



Alam persekolahan menengah memang sukar utk dilupakan lebih2 lagi pabila kita brd di asrama...kebanyakan yang dilakukan, semuanya bersama2..lebih2 lg mase 2, ting 5 banat hanya sekelas.. agak lemas bila 36 org duk dlm satu klas. ana x rse sgt sbb duduk kt brsn hadapan klas.. tp sgala bunyian agk dpt didegari apbl ckgu tiada dlm klas...mmg x bagus bi'ah mcm tu sebagai huffaz tp itulah jika hati tak disemai utk sentiasa menjaga diri..namun itulah yg sentiasa mekar di ingatan..


Peristiwanya bermula bila dkt dgn akhir tahun, kami merancang utk buat jamuan akhir tahun skali dgn banin...sbg kenangan terakhir dengan cikgu2 sebelum kami berangkat pergi,, memang mase tu kalut sbb time nak spm...diringkaskan alkisah, pengurusan jamuan ni menyebabkan ikhtilat agak tak terjaga, seakn2 kami terpecah kpd dua kump..1 kump. yg menyedari hakikat tapi kbanyakannya terdiri dr kalangan pemerhati...kump. 2nd, yg kebanyakannya adalah ajk jamuan.. mmg dua2 ni bersalah sebab pihak 1st jenis tak berani nak nahi mungkar dan berterus-terang, dan phk 2nd ni mcm sedar dlm tak sedar dan ingin cpt bereskan kerja..

Jadi bila same2 membengkak perasaan, brsn kepimpinan cadngkan buat pertemuan ahli klas utk meluahkan apa yg terbuku dlm hati...bile ana dgr luahn tu, ana sedari kebanyakan sahabat yg 'menyendiri' slama ni sebab rase diri tidak dihargai...mereka dah buat macam2 utk mendapat tempat di mata rakan2 yg lain namun mungkin rakan2 tidak menyedari,,, hinggalah mereka mencari sesuatu yg mungkin membuat diri mereka puas..dan memendam rasa berpanjangan..Sedih sangat malam tu dan terasa diri ini amat bersalah kerana selama ini tidak menghulurkan salam ukhwah fillah dgn shbt2...
Hanya Allah yg mengetahui bagaimana luluhnya hati ini melihat keadaan shbt2 sebelum malam tu, lebih2 lagi mengenangkn iman yang begitu lemah untuk amar ma'ruf nahi mungkar..Ya Allah alhamdulillah krn mendengar pengaduanku sehinggalah Engkau menganugerahkan malam itu, merungkaikan segalanya walau kadangkala kami terlupa..

Akhirnya ana dapat mengambil beberapa pengajaran drpd peristiwa tersebut:
1-Mengharapkan kasih dari manusia sememangnya akan mengundang rasa kecewa pabila kasih tidak berbalas..Jesteru, kejarlah kasih dan rahmat Allah kerana Dia sentiasa mendengar pengharapan hamba2Nya...

2-Dalam berukhwah sememangnya amat penting untuk berhusnuzhon dan berterus terang. Jika seminima ukhwah pun kita tak usaha utk laksanakan, di mana letaknya erti persahabatan kita..

3-Sememangya dalam berkasih sayang penting utk menzahirkannya...Tunjukkan kpd yg dikasihi, sesuatu yg membuatkan mereka rasa dihargai..

4-Sapepun kita, sbnrnya kita adlh sesama saudara(muslim)..tiada bezanya kita disisi Allah melainkan ketaqwaan..Pasakkan rasa mahabbah kerana Allah semata2..sehingga kita mampu melahirkan bi'ah seperti mana pd zmn Rasulullah..dan Islam kan gemilang kembali..


~Kasihkan manusia kerna mereka semata2,
hati kan kecewa bila diri dikhianati,
jiwa kan terluka bila diri tidak dihargai,
namun...
kasihkan manusia kerna Pencipta mereka,
hati kan pasrah bila diri dikhianati,
jiwa kan terubat bila diri tidak dihargai,
kerana Allah masih di sisi untuk menghargai,
mungkin dia kan hilang dari sisi kita, tp Allah tidakkan sekali2,
Kejarlah cinta Ilahi sebelum mengejar cinta yang tak pasti..


No comments: