Friday, April 9, 2010

Memberi dalam bermatlamat..

CATATAN INI DIMULAKAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAHSAW,SHBT, DAN KELUARGA..


Inginku lakarkan sesuatu di laman ini namun terasa amat kekurangan ilmu..bimbang jika yang terlakar nanti hanya menurut pandangan nafsu semata..

Bila dikatakan erti hidup dalam memberi, memang itu yang akn kita cuba lakukan. Namun untuk memberi semestinya harus memilki..Jika ingin diberi sedikit peringatan, semestinya harus lahir dari sudut keikhlasan..lebih2 lagi jika ingin berkongsi ilmu..

Tapi erti memberi bukan hanya terhad pada kalimah bicara,lakaran puitis, ilmu mahupun barangan.. Sememangnya semua itu hendaklah diusahakan terlebih dahulu..

Memberi juga bukanlah khusus kepada insan lain tapi diri kita juga hendaklah diberikan sesuatu..Ya, berilah peluang kepada diri anda untuk mendapat kebahagiaan jiwa terutamanya..
Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana kebanyakan dari kita sentiasa sibuk dengan keperluan kehidupan yang menuntut pelbagai perkara. Jika anda adalah pelajar, sibuknya kita dengan mengulang kaji. Jika anda adalah ibubapa, sibuknya kita dengan urusan rumahtangga..dan pelbagai tugasan lagi..
Ini membuat kita terlupa seketika yang fitrah manusia adalah pengabdian pada Khaliq. Tiada masalah sebenarnya menyelesaikan tugasan dunia, namun biarlah jiwa kita turut diikat dengan pergantungan dan pengharapan kepadaNya. Jika kita belajar misalnya, tidak semestinya ketika subjek agama sahaja baru terkeluar dari bibir kita perkataan Allah Tuhan kita. Padahal semua ilmu adalah milik Allah semata..

Jika hati diniatkan keranaNya apabila memulakan sesuatu tugasan, insyaAllah keseimbangan dalam erti memberi akan lebih bermakna. Hanya perlu dibumikan Islam dalam setiap tatacara kehidupan kita. Bagi saya ianya agak susah dilakukan tapi dalam menggapai redhaNya itulah yang sebenarnya harus kita usahakan..Dengan ini tiadalah kes pecah amanah, bunuh diri kerana kecewa dan lain2..

Sebenarnya saya tak berniat nak memanjangkan kalam, tapi bila dah mula rupanya banyak juga yang terluah..Allah sebenarnya amat Mengetahui kemampuan kita, usah gelisah apabila jika terpaksa memberi suatu yang bukan dalam lingkungan tugas kita..sebenanya itu juga adalah sebahagian dari tanggungjawab kita cuma kadang2 kita yang banyak beralasan sebab tiada 'cop rasmi' yang itu adalah amanah kita..
Dalam tempoh mengikhlaska diri dalam banyak perkara..terutama benda yang samar2..Moga jiwa ini terdidik dengan perkara yang membuahkan amal, bukan lemah dengan hal yang remah-temeh..

:: Kian lama kumenyepi dalam menilai rahmat Ilahi ::


Ingatlah wahai diri dan sahabat, kita mengetahui nilai dunia begitu rendah berbanding nilai akhirat jadi usahlah terlalu menyandarkan suatu perkara dengan bermatlamatkan dunia, kelak ia akan membinasakan kita akhirnya.Di penghujung nanti pasti kita akan temui penyesalan..

Jika balasan di akhirat telah jelas kita akan perolehi, mengapa perlu dicari matlamat dunia yang belum pasti akan tertunai? Yakinlah,Janji Allah pasti berlaku..Saya dah lalui situasi itu dan sehingga kini, natijahnya masih terasa dan tidak ingin ku ulangi kesilapan itu buat kali kedua..InsyaAllah..moga petunjuk Allah akan mengiringi..

Akhir kalam, Alhamdulillah Allah masih membenarkan saya mencoret sepatah dua kata buat tatapan jiwa saya khususnya.Mungkin catatan ini tidak begitu seimbang,tapi insyaAllah saya akan cuba yg lebih terbaik. Semoga dunia tidak lagi berpenghuni di dalam hati, cukuplah sekadar ia berada di pintu hatiku..akan kugantikan dengan ketenteraman dalam mengingati Allah..hem.. harap bukan omongan kosong,,mulakan berusaha..doakan saya shbt sekalian..


:: Amiin Ya Rabbanal a'lamin ::

Wallahua'lam..salamualaikum

No comments: