Wednesday, March 17, 2010

JADILAH DIRI SENDIRI...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...
SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW, AHLUL BAIT DAN PARA SAHABAT..

Di sini sedikit hasil pemahaman saya dan cedokan dari tulisan editor majalah Solusi ke-17.

Apabila disebut pertandingan,tergambar di fikiran kita ianya berlaku antara kita dan insan lain.
Namun bagaimana sekiranya pertandingan itu adalah dengan diri kita sendiri? bertanding untuk mempamerkan menghasilkan usaha, pemikiran, kreativiti yang terbaik dalam diri sendiri.

Sekiranya kita 'kalah' dalam pertandingan dengan diri, seharusya kita merasa malu. kerna menggambarkan seakan kita masih lagi belum menguasai diri sendiri. Tapi kalah dengan insan lain, tak seharusnya perasaan malu menguasai kita.

Jadi mulakanlah bertanding dengan diri sendiri- melawan hawa nafsu, kalahkan sifat malas, tundukkan perasaan malu yang tidak bertempat, buangkan sifat berfikiran negatif dan lain-lain yang akan melemahkan diri dan jiwa.

Satu perkara yang seakan sinonim dengan kita adalah sentiasa membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Sememangnya persaingan membuahkan kejayaan yang lebih memberangsangkan, tapi tak bermakna sehingga ia melemahkan semangat kita dalam berhadapan dengan keadaan.

Siapa yang terbaik bukanlah menjadi persoalan, kerana setiap manusia dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza-beza. 'Jangka masa perkembangan' kita sama ada dari segi pemikiran, emosi, dan jiwa dari sudut kematangan adalah tidak sama.Berhenti daripada membandingkan laluan kita dengan laluan orang lain keran asudah pasti laluan itu tidak sama. Mudah pada mereka dan payah pada kita. Payah pada mereka dan mudah bagi kita.

Usah menyangka kelebihan zahir seperti kekayaan yang dimiliki oleh mereka menjadikan merekalah yang terbaik dan jangan berharap untuk menjadikan diri terbaik hanya semata dengan harta.

Sifat suka membandingkan diri dengan orang lain sebenarnya akan membuatkan hidup kita tidak bermatlamat. Seolah arus kemampuan diri bergantung dan ditentukan dengan orang lain.
Ada tika merasa yakin dan ada tika merasa ragu. Ada masa merasa bangga dan ada masa merasa putus asa. Perasaan kita juga akan sentiasa tidak tenteram. Dari sifat ini mungkin juga lahir sifat yang negatif yang lain seperti hasad dengki, tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak merasa senang dengan kejayaan insan lain. Antara perkara yang amat bernilai dalma kehidupan adalah ketenteraman jiwa. Hati yang diselubungi keresahan sukar untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT. Hari- hari yang dilalui terasa tidak bermakna kerana sandaran hanya semata pada makhluk bukan kepada Khaliq.

Jesteru binalah keyakinan diri anda bermula dengan keyakinan kepada Allah SWT. Letakkan segala harapan kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Adil, mencipta di sebalik kekurangan ada kelebihan. Merasakan semuanya adalah milikNya lalu bersyukur dengan milik sedia ada dan berusaha dengan apa yang akan dimiliki nescaya kelebihan pada insan lain dijadikan satu dorongan dan kekurangan pada diri sendiri dijadikan kecekalan dalam menghadapi hari mendatang.

Cara yang terbaik untuk membuat perbandingan adalah bandingkan diri kita dengan potensi kita sebenar. KIta tidak perlu kepada kecantikan, kekayaan, dan kenamaan untuk melahirkan keyakinan diri sendiri. Cukuplah dengan membina keyakinan kepada Allah nescaya keyakinan diri akan turut terbina.
Setiap dari kita ada kelemahan, tapi berjalanlah dengan kelebihan yang kita ada dan letakkanlah kekurangan di hadapan sebagai peringatan.

Jadi, jangan menunggu diri anda dihargai, barulah anda merasa diri berharga, tetapi hargailah diri anda terlebih dahulu barulah orang lain akan menghargai anda.

No comments: