Tuesday, March 9, 2010

Hiasi Prilaku dan Tutur Kata dengan Ketenangan..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW, KELUARGA DAN PARA SAHABAT...

Semakin hari terasa kehidupan ini adalah satu kurniaan..menyingkap kesilapan lalu membuatku terasa malu kpd dan diri dan lebih sepatutnya kpd Penciptaku.. namun kisah duka takkan selamanya berduka,,pasti ada cahaya yg hadir di sebalik tirai hikmah..asal ada usaha untuk menyelak tirai,,pastikan ketemu rahsia hikmah di sebalik semua kejadian..

Sejak akhir ini dengan rahmat Allah..inginku baiki sedikit sebanyak kesilapan lalu.. terutama dari bentuk pertuturan mahupun penulisanku.. kerna akan ku hadapi dunia ini sehari2 mahupun masa depan yang memerlukan penjagaan dalam banyak aspek..

Apa yang ingin diubah, saya pasakkan di dalam hati..namun dengan secara tak sengaja bersama hidayah Ilahi, saya terjumpa sebahagian isi dalam buku bertajuk 'Motivasi Menjadi Wanita Bahagia' tulisan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yang amat bersesuaian dengan tekad hati.. lalu ingin saya lakarkan di sini agar ia menjadi satu anjakan buat diri terutamanya dan juga sahabat sekalian..

:: sifat orang Islam yg paling baik adlh menyelamatkn
org-org Islam dgn tangan dan lidahnya ::

Di bawah naungan tajuk ' Banyak bercakap menyiakan waktu berharga' :

~Jangan sekali-kali membiasakn diri dgn tabiat suka bertekak dan jangan terbabit dalam perbincangan yg tiada hujung pangkalnya tentang masalah yg bersifat mungkin dan samar..
hal itu akan membuatkan hati menjadi sempit dan nurani menjadi kotor..

~Janganlah kita memaksa satu pendapat kepada orang lain.Tetapi keluarkanlah ideamu dgn santun, tenang, tidak tergesa-gesa dan tidak mengumpat.

~Sikap suka membantah dan banyak mengkritik tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri kita..Hal itu akan membuat ketenangan hatimu hilang dan imejmu tidak baik.
Ucapkanlah kalimat yang penuh sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa pendengar..

~Perbuatan yang sentiasa mendatangkan kesedihan dan kegundahan adalah apabila kamu menganggap orang lain tiada di sisimu sama ada untuk kamu berkongsi kasih mahupun merasa dirimu tidak memerlukan sesiapa, mencela mereka dan meremehkan orang lain.

Hal-hal tersebut dapat menghilangkan pahala, dapat mengumpulkan dosa untukmu dan menimbulkan perasaan tidak tenang.

~Oleh itu sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding orang lain. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna dan terpelihara dari dosa. Setiap kita pasti menanggung dosa dan aib sendiri. Berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia..

Seolah boleh disimpulkan agar setiap perbuatan mahupun tutur kata hendaklah dikerjakan dengan tenang agar akal dan iman mendahului dari nafsu dan emosi..

No comments: