Thursday, March 11, 2010

Melakar sejarah..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN SAW, KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA..

Hari yang bersejarah dalam hidupku..mungkin merubah sedikit sebanyak corak kehidupan di dunia yang semestinya terkesan di akhirat nanti..

Saat tangan menggenggam slip keputusan, tanpa diminta terasa sumting di lubuk hati.. Pada pandangan pertama, terasa pilu .Mungkin kerana bagiku ia tidak dapat memenuhi harapan ibubapaku dan mungkin juga kerana masih terngiang pengumuman kecemerlangan sahabat yang lain. Namun bila difikirkan, cukuplah dengan apa yang telahku usahakan atau mungkin lebih lagi. Alhamdulillah.. perasaan tika itu masih bercampur- baur, tak tahu bahawa adakah kesedihan yang menyelubungi jiwa ataupun kegembiraan. Tapi tetapku cuba pasakkan keredhaan di hati, inilah yang terbaik untukku..=)

Tapi bilaku berdepan dengan ayahku dan memikirkan apakah reaksi ibuku, kutahu yang ia tidak mencukupi bagi mereka..terasa amat bersalah tapi telah kuluahkan dengan cara yang tidak benar. MasyaAllah..Maafkan anakmu..

Dalam kesukaran permulaan untuk meneguhkan keredhaan di hati, ku tewas dengan memikirkan pandangan manusia sekeliling. Bersu'uzhon dengan mereka, membuatkan hati kurang menghayati nikmat kesyukuran.. Sekali lagi..

Segala puji bagi Allah,,tika itu juga hadir peringatan dalam menenangkan hati yang resah. Hadir sms dari sahabatku..:

~Yakin pada Allah bukanlah berharap terkabulnya segala harapan..
yakin pd Allah bukanlah pada keindahan nikmat..
yakin pada Allah adalah meletakkan KEREDHAAN PD KETENTUANNYA..
rasa bahagia dengan ujian walaupun perit..
di situ air mata tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
indahnya tarbiyah Allah..
tersirat rahmat dan hikmah..

Dalam perjalanan pulang..saudara2 yang mengetahui mengucapkan bisikan motivasi dalam menyelami kesyukuran..terasa kerdil diri ini..

:: Akhirnya, Alhamdulillah..ku cuba memasakkan keredhaan di hati..

..dengan berhadapan dengan natijah ini..
..dengan memberi keyakinan pd diri yang selagi masa masih ada,
perjuangan ini masih belum selesai,
dengan masa yang masih ada,
jadikan usaha yang lebih terbaik..
..menerimanya dengan hati yang ikhlas..

~segalanya dari Allah dan akhirnya akan dikembalikan kepadaNya..semuanya bukan milikku, jesteru mengapa perlu bersedih dalam kehilangan dan kekurangan sesuatu.



'Semua keadaan bagi mukmin adalah terbaik baginya..'

Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan seperti itu tidak ada untuk orang lain kecuali hanya untuk mu'min itu, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka keadaan itu adlah kebaikan baginya, sdg apbl ia ditimpa kesukaran, iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan bgnya."
(Riwayat Muslim)

No comments: