Saturday, June 6, 2009

~ Kita..Di Alam Realiti..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bersyukur ke hadrat Ilahi krn dgn sgl limpahan Rahmat-Nya, msh lg diberi kesempatan utk melewati perjalanan sbg seorg muslim di atas hamparan bumi-Nya.Tidak ketinggalan juga slwt dn salam kpd Junjungan mulia Rasulullah S.A.W , para sahabat dn jg keluarga bgnd.Tanpa sgl pengorbanan Rasulullah dn shbt, x mungkinlah Islam kn tertegak di muka bumi Allah ini..Alhamdulillah kpd Pencipta seluruh alam...

Jika merenung sejenak seluruh masa yg tlh kita lalui, kehidupan sbnrnya x semudah spt yg terlakar di minda kita...Apa yg kita harapkn, yang kita impikan x semestinya akan kita peroleh...Sama ada kita bersedia @ tidak, kepelbagaian dugaan kan tetap hadir menghiasi warna-warni hidup ini, semuanya akn menerpa tanpa kita minta dan tanpa kita dambakan. Dengan menggunakan akal biasa kita, kita kadang2 terfikir...'Mengapa semua ini berlaku pada aku?'... 'Adakah aku je yang bernasib malang di bumi ini??'..Kadang2 terbit lafaz seperti itu dihati mahupun lisan kita pabila emosi menguasai diri lalu hidayah Ilahi tidak menghadir..kita berkata begitu berdasarkan pelbagai macam perkara yang menghimpit kita... Penilaian itu kita adakan tanpa kita toleh kepada suasana kiri dan kanan kita.. seolah2 ketika itu, kita beranggapan, hanya kita yang mempunyai masalah..hanya kita yang malang..kerana di mata kita terbayang2 kebahagiaan dan impian insan lain yang meraka perolehi dan ianya pasti bukan menjadi milik kita tika itu...

Sekarang cuba kita selami makna hakikat sebuah kehidupan...Kehidupan ibarat satu perjuangan yang tidak pasti bilakah kesudahannya..ia juga ibarat kembara yang tidak pasti di manakah penghujungnya, kita adalah musafir yang sedang mengutip cebisan belas daripada sepanjang perjalanan yang kita lewati sbg bekalan untuk menuju destinasi utama kita.Di situlah bakal kita perdagangkan segala barang dagangan kita..Tapi terserahlah kepada Penerima Abadi, sama ada ingin menerima atau tidak..

Berdasarkan perumpamaan yang diberikan, Kehidupan-sebuah perjuangan ..sebuah kembara..- kedua-duanya diasaskan oleh kesusahan dan kepayahan..namun ia bukanlah satu alasan utk kita berputus asa dlm mengharungi mehnah dan tribulasi alam kerna penghujungnya pasti kita kan temui bahgia jika wasilah ini menuju keredhaan ILahi..INSYAALLAH

No comments: