Wednesday, February 24, 2010

::..Hadirnya kita bukan untuk dibenci..::


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kisah ini adaptasi dari sedikit sebanyak pengalaman yang ana kutip sepanjang kehidupan dan pemerhatian pincang situasi sekeliling..Semestinya setiap peristiwa yang telah kita lalui ada buruk baiknya, namun galilah hikmah di sebalik semua itu, kerna satu hari nanti kita akan temui lagi situasi yang sama, dan kita tidak ingin lagi menghadapinya seperti mana yang lalu..be better..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Di wakaf berhampiran kafe, kelihatan 3 sahabat berbual rancak.

"Ana ada baca artikel semalam yang bertajuk ' Sabarlah Wahai Dai'e'. Isinya macam menceritakan perihal cabaran yang harus dihadapi mereka. Mungkin penulisan itu satu andaian atau berdasarkan pengalaman. Tanya Abang Roslan, sama je jawapan dia, pada pendapat anta berdua?"pemuda berkopiah hitam itu mengajukan persoalan kepada temannya.


"Ntahla..bagi ana, kehidupan sebagai dai'e ni sememangnya banyak dugaan.Bila melangkah je ke alam ni, kita kena persiapkan diri untuk dibenci. Biasalah, orang zaman sekarang bukan sukakan sangat kepada kebaikan. Tapi yang penting kita dah laksanakan tanggungjawab. Fawaz anta citela..anda lagi terror bab-bab ni", Fairuz mengalihkan persoalan kepada sahabat di hadapannya.


"Hish, mana ada..em, bagi ana memang apabila disebut dakwah, sinonim balasannya dengan lemparan kebencian, tapi sebenarnya kita ada pilihan.Semuanya bergantung kepada niat dan cara kita.Buat masa sekarang, kita hanya menyeru sesama muslim supaya bangkit dari kelalaian mereka. Berlainan dengan zaman Rasulullah yang cuba mengeluarkan manusia dari kepekatan jahiliyah.Pada pandangan ana, rata-rata kebencian dari para mad'u berpunca dari hasil didikan kita yang lahir dari emosi bukan dari hati.
Hasil dari manhaj yang tak sesuai menyebabkan mad'u tidak menerima, lalu kita buat kesimpulan ..jadi di'e bermakna akan dibenci.."
Sememangnya tak dinafikan ada mehnah yang perlu dihadapi tapi jangan sampai kenyataan tersebut mempengaruhi tindak-tanduk kita. Pernah dengar ada pepatah mengatakan kita adalah siapa yang kita fikirkan. Jika kita membayangkan insan sekeliling membenci kita, lalu begitulah kita..Itu hanya pendapat ana, antuma rase? Fawaz cuba mengeluarkan hujahnya.


"Mabruk alaik ya akhi. Memang benar kata Fawaz. Kadang-kadang ana pandang sahabat yang tukang create masalah kat kampus ni, seolah-olah mereka tiada peluang untuk berubah. Jadi dalam kebanyakan situasi, ana lebih dahulukan emosi.
Rasa nak amar ma'aruf nahi mungkar tu ada jugak dalam diri, tapi kadang-kadang terfikir yang mereka ni takde kerja lain ke? Tak takut Allah ke? Assingment berlambak-lambak..
Mungkin bertitik tolak dari situ, teguran jadi sindiran. Nasihat jadi tempelak. Di mana letaknya keikhlasan hati ana kalau begini caranya. Apa yang ana dapat jika selama ini ana menzahirkan pada kata-kata yang ana inginkan keredhaan Allah, tapi sampai masanya niat beralih arah. Macam yang anta berdua tahu, dah kecoh satu kampus ni gelaran ana Mat Tabligh..Tapi ana buat pekak telinga je tanpa ambil pengajaran. Kononnya ni salah satu ujian as dai'e." luah Fairuz yang agak kecewa dengan dirinya.


"Anta dah kira mantap iman kalau camtu... Kebanyakan kemungkaran yang berlaku, ana lebih prefer untuk membenci di dalam hati yang mana selemah-lemah iman.
Keinginan untuk 'aslih nafsak wad'u ghairak' tetap ada di hati, tapi sifat terlalu mengambil kira pandangan manusia mengatasi segalanya. Jadi takut bila fikirkan lemparan tomahan yang bakal diterima kalau tegur-menegur dalam bab kebaikan. Kalau berbual dalam hal lain tak takut pulak. Ana dah try untuk ubah, tapi mungkin usaha tak seteguh keinginan dan tak disertai tawakkal ilallah." seketika , Faisal bermuhasabah akan kekurangan diri.

"Alhamdulillah, kita semua mempunyai niat dalam mengimarahkan dunia dengan menyeru kapada kebaikan. Namun sememangnya apa jua yang kita lakukan hendaklah disertai dengan niat yang benar dan juga cara yang betul. Bagi ana dalam umur kita ini, banyak lagi perkara yang ana perlu pelajari. Masa ana sekolah menengah, ada junior bercerita pasal ana kat sahabat..Mula-mula, memang agak susah untuk memasakkan keredhaan di hati. Akhirnya ana beralasan bahawa itu satu cabaran dan kejayaan dalam tugas menyeru. Lama- kelamaan, ana sedar ianya hanyalah satu alasan. Tiada gunanya menyambung tali sesama manusia dalam hati hanya mengharapkan kepentingan diri sendiri. Sebenarnya, pabila hati sentiasa berhusnuzhon dengan insan dan keadaan sekeliling, insyaAllah kitakan bahagia. Sekarang ana dapat rasakan perbezaan dalam diri dan insan sekeliling dari manhaj yang ditekankan Rasulullah iaitu, sentiasa berlemah-lembut dengan mad'u. Bagaimana sifat Rasulullah dalam menghadapi para musyrikin. Ketika dilempari batu di Thaif, tiada kata nista mahupun dendam yang terkesumat di hati baginda. Malahan dibalasi mereka dengan doa agar hadir hidayah buat mereka. Begitu agung peribadi baginda.


Fairuz dan Faisal tunduk sambil menyelami kata-kata sahabat mereka,"Betul kata anta. Sebenarnya kita silap.Rasulullah telah menjadi contoh dalam segalanya. Satu lagi kebiasaan kita adalah merasa megah dalam berhadapan dengan mad'u. Na'udzubillah. Adalah merupakan satu kecatatan di mana seorang yang alim merasa megah dengan ilmunya dan merasa orang lain bodoh."

"Dan adalah penting dalam berhusnuzhon dengan mereka. Jika kita merasakan kebencian, maka itulah yang mencorakkan cara kita dan hasilnya juga adalah adalah lemperan tomahan semata-mata,"Faisal menokok tambah pengakuan Fairuz.

*****************************************************************************

Pencipta keindahan malam Yang Maha Agung menjadi saksi kepada janji keinginan mereka untuk berubah demi kemaslahatan agama yang tercinta.

~Bangkitlah syabab..teruskan perjuangan

---------------------------------------- ..THE END.. -------------------------------------------













No comments: